CARA PENGGUNAAN
EUMORA FACIAL BAR - MUKA
Perkara utama yang perlu ada sudah tentulah Eumora Facial Bar. Jika
anda belum mempunyainya lagi, apa tunggu lagi, dapatkan segera.
- Untuk permulaan, tak kira kaum adam atau hawa,
bersihkan muka anda dari
kotoran, minyak dan make-up yang telah anda gunakan. Bagaimana cara
untuk membuang make-up di wajah anda? Terpulang pada cara anda sendiri,
tetapi kebiasaannya menggunakan tisu basah (wet tissue). Setelah itu
rehatkanlah kulit muka anda sementara.
- Bersihkan tangan anda terlebih dahulu sebelum
menggunakan Eumora Facial
Bar.
- Basuh muka anda terlebih dahulu dengan air,
dan buang air lebihan di
wajah anda agar kuantitinya adalah seminimum yang mungkin.
- Setelah itu, ambil Eumora Facial bar dan gosok
di tapak tangan anda
sehinggalah anda mendapat buih yang pekat darinya. Pastikan anda
melakukan proses mendapatkan buih ini sepantas mungkin, kurang dari 15
saat. Ini adalah untuk membolehkan segala khasiat yang terkandung di
dalam buih tersebut disalurkan ke kulit wajah anda, dan bukannya di
tapak tangan anda.
- Kemudian letakkan buih yang anda dapat dari
Eumora Facial bar ini ke
muka anda. Ratakan ke seluruh bahagian muka, terutama bahagian yang
bermasalah seperti jerawat, jeragat, dan sebagainya.
- Pastikan anda tidak menggosok muka anda,
sebaliknya hanya meletak dan
meratakan buih sahaja. Biarkan buih-buih ini meresap ke kulit muka anda
selama 2 hingga 3 minit. Jangan lebih dari 3 minit. Tapi bagaimana kita
nak tahu jika masa dah cukup? Cukup mudah. Setelah selesai meratakan
buih dimuka, anda kiralah sehingga 180 (1,2,3,4 ......... 180). Ini
adalah bersamaan dengan 180 saat atau 3 minit.
- Setelah itu
bersihkan wajah anda dengan air bersih. Jika boleh selepas
habis dibersihkan, biarkan muka anda kering sendiri tanpa dilap.
Disyorkan untuk
anda menggunakan Eumora Facial bar 2 kali sehari (pagi
dan petang / malam) untuk mendapatkan hasil yang maksimum ke atas kulit
wajah anda.
CARA PENGGUNAAN
EUMORA FACIAL BAR - SELAIN MUKA
Eumora
Facial bar juga sebenarnya boleh digunakan keatas kulit selain
muka. Jika anda mempunyai masalah parut, panau, kulit kering atau
bermasalah, maka gunakanlah Eumora Facial bar ini keatas kulit
tersebut.
Cara penggunaan
juga sama seperti anda menggunakannya keatas wajah
anda. Cuma masa untuk anda biarkan buih itu meresap ke dalam kulit anda
bolehlah dilebihkan antara 3 hingga 5 minit.
Anda juga boleh
menggunakan Eumora Facial bar keatas rambut anda. Jika
anda mempunyai masalah kelemumur, hanya ratakan buih Eumora Facial bar
ke kulit kepala anda. Biarkan selama 5 hingga 7 minit, barulah dibasuh.
Rambut anda juga akan menjadi lebih lembut, hitam dan berkilat selepas
penggunaan.
KESAN SELEPAS PENGGUNAAN
Kesan
dan tindak balas berikut mungkin berlaku keatas anda. Itu adalah
perkara biasa yang mana jika ada kesan dan tindak balas maka itu
bermakna produk yang anda gunakan benar-benar memberi kesan.
1. Kulit menjadi kering
Lapisan
kulit mati akan
terbentuk hasil dari pembentukan dan penghasilan sel baru. Ini akan
membawa kepada lapisan tersebut tertanggal. Untuk mengurangkan masalah
ini, gunakanlah pelembab (moisturizer) pada kulit anda. Adalah
disyorkan agar anda menggunakan pelembab (moisturizer) yang tidak
mengandungi AHA / bleach. Sila dapatkan nasihat dari pakar farmasi
semasa membeli produk pelembab.
2. Kulit menggelupas
Kulit
baru terbentuk dan
ini menyebabkan kulit lama yang telah mati akan mula tertanggal.
Kebiasaannya dapat diperhatikan kepada jenis kulit biasa dan kering.
Gunakan pelembab (moisturizer), proses pengelupasan biasanya berlaku
antara 2 hingga 3 hari sahaja. Kemungkinan juga akan memakan masa yang
lebih, bergantung kepada kulit individu. Teruskan penggunaan Eumora
Facial bar.
3. Kulit pedih dan sakit
Kulit
baru yang terbentuk
adalah masih sensitif. Perkara ini juga boleh berlaku jika Eumora
Facial bar digunakan secara berlebihan. Dicadangkan agar anda
memberhentikan seketika penggunaan Eumora Facial bar selama 2 atau 3
hari. Selepas itu gunakan semula, tetapi penggunaan dihadkan kepada 1
minit.
4. Tumbuh Jerawat
Itu
adalah salah satu
proses "detox" atau menyah toksin. Jerawat akan hilang dalam masa
singkat, walaubagaimanapun bergantung kepada kulit individu. Teruskan
penggunaan Eumora Facial bar tetapi dicadangkan agar penggunaan masa
dikurangkan kepada 1 minit.
5. Tompok gelap atau merah
pada kulit
Itu
juga salah satu
proses "detox" atau membuang toksin. Kesan ini akan hilang secara
beransur-ansur dalam masa singkat, tetapi bergantung kepada kulit
individu. Teruskan penggunaan Eumora Facial bar tetapi dicadangkan agar
penggunaan masa dikurangkan kepada 1 minit.
6. Kegatalan pada kulit
Salah
satu proses "detox"
atau membuang toksin yang menyatakan bahawa anda mempunyai masalah
resdung. Kesan ini akan hilang secara beransur-ansur dalam masa
singkat, tetapi bergantung kepada kulit individu. Teruskan penggunaan
Eumora Facial bar.
Seeloknya anda menggunakan Eumora Facial bar dengan cara yang betul dan
berterusan, seperti mana yang telah diterangkan diatas. Ini akan
memberikan hasil yang maksimum kepada kulit anda. Jangan gunakan produk
lain sekiranya menggunakan Eumora Facial bar, kerana ia boleh
mengganggu proses rawatan yang dijalankan oleh Eumora Facial bar.
Terpulanglah kepada diri anda sendiri, sama ada untuk menggunakan
Eumora Facial bar atau sebaliknya. Keputusan ditangan anda, buat yang
terbaik.
|